Selasa, 12 Julai 2011

Asam Rebus Tenggiri Bernanas


kangkung goreng peneman lauk asam rebus...licin sekali hadap aje...hehe



Pagi tadi suami saya ke pasar seorang diri...dah siap-siap beli ikan tenggiri dia lupa pulak nak beli nenas..setiap kali ke pasar kalau beli ikan saya memang selalunya beli nenas sekali...anak-anak dan suami memang suka kalau saya masak lauk ikan samada asam rebus atau lemak ciliapi bernanas....

Oleh kerana saya nak juga masak asam rebus tenggiri bernanas ..saya guna juga nenas tapi yang dalam tin.....bila tiba musim raya saya memang sediakan secukupnya nenas dalam tin untuk membuat minuman jadi stoknya masih ada lagi ..inilah kali pertama saya mencuba memasak menggunakan nenas dalam tin bersama ikan...dulu-dulu pernah juga saya buat pajeri nenas menggunakan nenas tin rasanya boleh tahan sedap juga...

Selepas dihidangkan masa makan tengahari tadi tidak sangka saya anak-anak dan suami kata lebih sedap dari nenas segar... :-) ye la kan rasanya masam masam manis...(macam dalam cerita P Ramlee pulak hehe)..Alhamdulillah mereka makan dengan berselera sekali hari ini.. :-)

Biasanya kalau masak asam rebus ikan saya akan mencampurkan sedikit belacan kerana selain menyedapkan rasa masakan ianya juga boleh mengurangkan rasa pedas ciliapi....hari ini saya masak tidak mencampurkan belacan dikhuatiri anak saya alahan pada belacan dan rasa gatal-gatal nanti kerana lukanya belum cukup sembuh...



Bahan-bahannya

6 keping ikan tenggiri
1 tin nenas kiub 450g
10 biji ciliapi
2 ulas bawang putih
2 labu bawang besar(sekiranya guna belacan cukup dengan 1 labu sahaja
tujuan saya menggunakan 2 labu ialah untuk mengurangkan rasa pedas cili
2-3 keping asam gelugor
1 sudu besar serbuk kunyit/ 1 inci kunyit segar
sedikit minyak , air dan garam gula secukup rasa


Cara-caranya

1. Kisar atau tumbuk bawang-bawang dan kunyit hingga lumat , kemudian masukkan cili kisar
lagi jangan terlalu halus nanti pedas sangat..kalau suka pedas teruskan ..hehe

2. Panaskan sedikit minyak lebih kurang 3 -4 sudu besar ,minyak jangan terlalu banyak nanti
jadi asam pedas pulak

3..Bila minyak dah cukup panas tumiskan seketika bahan kisar, bila sudah naik baunya
masukkan ikan , asam gelugor dan air secukupnya . Tutup periuk dan biarkan sehingga ikan
lembut.

4. Apabila ikan sudah cukup lembut masukkan nenas dalam tin berserta airnya sekali dan
biarkan mendidih untuk sekali lagi kemudian perisakanlah dengan garam dan gula
secukup rasa, kalau dah seimbang rasanya tak perlulah masuk gula lagi sebab air nenas tadi
pun sudah manis..


.

0 ulasan:

Catat Ulasan