Khamis, 7 Julai 2011

Tomyam Kuah Putih


Salam sejahtera...

Lama sungguh dapur maya tak berasap..dan dah lama sangat tak cerita pasal makan... :-)
Kali ni pun bukan nak cerita masakan yang baru saya masak...gambar tomyam ni rasanya saya rakam tahun lepas...baru ni nak masukkan ke sini... hehe

Sebelum ni kalau kami sekeluarga nak makan tomyam kuah putih sebegini kami akan pergi ke kedai makan yang dimiliki oleh orang-orang melayu dari Siam...mereka ni pandai memasaknya..kalau ke mana-mana anak-anak serta suami tak suka makan tomyam berkuah merah tu mesti nak yang berkuah putih..

Suatu hari setelah puas makan di kedai mereka berkali-kali maka saya beranikan diri bertanya macam mana nak masak tomyam kuah putih /jernih ni...sebab dah lama kenal saya maka pemiliknya tak beragak-agak nak tunjukcara memasaknya...ingatkan susah la sangat masaknya rupanya senang aje...lepas saya mengetahui resepinya maka saya pun cuba memasaknya...hasilnya anak-anak dan suami suka....walau tak sama dengan di kedainya tapi hampir sama lah juga..habis juga satu periuk tomyam ....hehe

Biasanya saya hanya menggunakan ayam kampung saje untuk masak tomyam ni...jarang sekali saya campurkan sotong atau udang...kalau ada bekalannya di rumah barulah saya masukkan..



Bahan-bahannya

1 ekor ayam saiz sedang dipotong kecil dan dibersihkan
beberapa ekor udang
beberapa ekor sotong
1-2 labu bawang besar dipotong bulat
3 ulas bawang putih
2 biji tomato potong 4
sedikit bunga kobis
sedikit daun ketumbar
5 batang serai
8-10 biji cili merah dititik
1/2-3/4 cawan jus limau kasturi/limau nipis(ikut suka kalau nak masam lebihlah)
1-2 sudu besar susu pekat bergantung kepada nak lemaknya mcm mana
garam,gula,serbuk perasa(jika suka)
2 helai daun limau purut disiat tapi saya tak letak sebb ank dgn suami xsuka

Caranya

1. ketuk/titik bawang putih dan serai kemudian rebus bersama ayam
2. bila ayam hampir empuk masukkan udang dan sotong
3. bila sotong hampir masak masukkan bunga kobis dan bawang besar
4. masukkan susu pekat diikuti jus limau dan perisakan dgn garam ,gula
dan perasa
5.bila semua rasa dah sebati baru masukkan tomato dan daun ketumbar
dan ciliapi yang sudah dititik
6.Apabila bau harum daun ketumbar dan rasa pedas ciliapi sudah sebati dgn
kuah tomyam dan buah tomato sudah layu teruslah hidangkan bersama nasi.




.

2 ulasan:

  1. Sama ke dengan resepi tomyam poktek tu?

    BalasPadam
  2. saya tak pernah pulak tau ada tomyam nama poktek zures...hehe...org yg ajar pun tak cakap tomyam ni nama apa..


    .

    BalasPadam